Wednesday, December 22

House Rules.

Assalamualaikum..

AtiPuspa muncul balik. pasal dia geram Sungkyunkwan Scandal tak habis download lagi. jadi nak isi masa dengan buat entry baru jap. dan sekarang aku malas nak baca Stieg Larsson pasal banyak info sangat. pening baca. mood sekarang tak kena. alasannnn… :P


ape kena dengan gamba nie? review buku ke? takkk larrr.. bukan nak review buku. tp nak tules sikit pasal penghidap Asperger’s Syndrome (AS) macam yang dihidapi watak utama buku nie. tak tau ape ape pasal AS nie? baca sendiri kat Wiki. aku nak terangkan camne pun tak tau. :D

okayyy.. sesungguhnya AtiPuspa memang sangat sangat sangattt jealous dengan penghidap AS nie. uishh. tak bersyukur ke ape? dah lahir normal tue, jealous dengan penghidap AS plak. ape masalah? HAHA. betuuullll… aku sangat jealous dengan mereka. kenapa? meyh aku buat list sikit.


  • Genius

dalam kebanyakan kes, diorang nie memang ramai yang genius. itu satu benda yang aku sangat idamkan. jadi genius. tp aku pemalas. tue pasal susah nak pandai. sighh~ sedar pun diri. pastue still tak nak belajar. kau memang sangat bijak lar AtiPuspa. memang takde sape boleh lawan kau. ;)


  • Hipokrit

golongan nie tak hipokrit. pasal sindrom tue menghalang diorang jadi hipokrit. jadi, setiap masa, di mana sahaja, walau macam mana keadaan sekeliling diorang, diorang masih diorang. aku pula? kat sini aku macam nie, kat situ aku macam tue, sekejap macam nie, sekejap macam tue. mood swing tue lain cerita. memang golongan bernama perempuan susah nak elak mood swing. tapi hipokrit? sumpa! AtiPuspa semakin hipokrit sekarang nie. AtiPuspa rindu dia yang dulu. yang boleh jer kawan dengan sape sape. yang tak kisah pun orang tue perangai teruk macam mana. perangai AtiPuspa hanya satu, seorang yang gila gila. tak kesah apa orang fikir. dia masih AtiPuspa. tapi bukan lagi sekarang. sekarang dia lebih banyak ikut acuan orang sekeliling. akhirnya, depression berlaku. yer. orang selalu cakap be yourself, tapi betul ke kita be yourself dalam masyarakat yang demanding sekarang nie? aku tak percaya! dan itu jugalah punca aku lebih suka duduk sorang sorang, lebih menenangkan. :)


  • Obsession

yes! obsession. diorang nie selalunya akan ada obsession dekat suatu benda. tapi yang seronoknya, mereka masih lagi berjaya dalam pelajaran. kenapa? pasal diorang memang genius. dan aku? aku lebih banyak meluangkan masa dengan obsession aku, dan akhirnya, result exam semua teruukkkk… macam mana aku tak jealous. sheeshh. belajar lar kalau nak pandai! bijakk sungguh! itu pun tak nak fikir.


HAHA. memang gedix kan aku. banyak benda tak puas. itu lar. manusia nie memang tak kan pernah puas. teruk kan. hee. takde lar. aku memang jealous, tapi Allah lebih mengetahui kan. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. pasal tue Dia tunjukkan aku jalan yang aku lalui nie. aku bersyukur pada-Mu. terima kasih ya-Allah. :)

jadi. jangan fikir kita lebih baik daripada mereka yang ada sindrom nie dan yang sewaktu dengannya. kalau tengok dari segi yang lain, mereka sebenarnya lebih baik daripada kita. kita patut jealous dengan mereka kerana mereka istimewa. kita pula, hanya manusia normal. tapi jadi normal, jangan jadi yang kejam pada diri sendiri. lalui jer semua yang berlaku dengan tabah, pasti jumpa jalan yang terbaik untuk kita. dan jangan lupa, Allah sentiasa ada untuk kita disaat kita memerlukannya. :)

okayy.. itu jer. post nie sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. selalu rasa kecewa dengan diri sendiri baru baru nie. tak tau apesal. doakan eyh yang terbaik untuk aku. sayangg korang. :)

till then,

Wassalam. :)



p/s- cambest jer belajar pasal psikologi. nak amek minor psikologi lar nanti. insyaAllah. :)

Special for you, Friends.

Assalamualaikum..

AtiPuspa dan malas kini telah bergabung kembali. itu pasal dah seminggu tak post entry baru. walaupun ada banyak benda yang AtiPuspa nak coretkan dalam blog ini, tapi semuanya ditangguhkan diatas sebab MALAS. itu satu penyakit yang sangat serius dan susah dirawat jika tiada sebarang usaha yang dilakukan. okayyy. enough! straight to the point, NOW!

okay okay. itu hanya mukadimah yang patut diabaikan. aku hanya cuba nak menyatakan penyesalan kenapa tak update blog nie selalu untuk orang baca. bajet cam ada orang baca je blog ko yang super BOSAN ni. jadi kali ini, aku nak kaitkan sifat malas yang dah sebati dengan diri aku dgn kawan. dan kawan pulak aku kaitkan dengan BFF. sape tak tau BFF tue ape? Reid tak tauuu!! :P BFF ialah Best Friend Forever. satu persoalan di sini. bila cakap pasal BFF, apa yang korang akan fikir? kawan korang yang macam mana baru dikira BFF? bagi aku, aku memang ada beberapa BFF. adakah aku BFF diorang jugak, itu aku tak tau. ;)

ZAIM FAUZI, thnx a lot. you made my day. :)

aku gilee terharu bila bace apa yang zaim post kat wall aku lepas aku like status dia. like - SERIOUSLY? aku tak lupa kawan? betul ke? aku rasa aku lah manusia paling tak ingat kawan. kenapa? pasal aku tak sms, atau call, ataupun gile susah nak reply mesej kawan aku walaupun credit aku masih berkepuk. yerr.. aku sangat jarang biarkan credit aku kurang daripada rm10 untuk dua dua nombor aku, hotlink dan celcom.. kurang sikit je, aku akan topup. itulah AtiPuspa. off-record, credit aku takde tarikh luput sampai bile entah. tak ingat. selalunya orang akan cakap punca dia tak reply mesej ialah; takde credit lar. tapi aku, memang tak boleh nak pakai alasan tue. dan punca credit aku susah nak berkurang ialah, aku tak sms atau call orang. kecuali memang the very important cases jer. dan, masa aku tengah taip entry ini, dah dua bulan lebih aku tak topup. gileee bangga aku save creditttt. :P

OKAY. sekarang jom buat equation sikit. senang jer, tak susah macam maths, calculus segala bagai tue..


AtiPuspa = Malas = Save Credit


apehal pulak budak nie merapu nie? HAHA. mesti korang pikir macam tue kan? main main je lar. apa aku cuba nak kaitkan bukan pasal save credit tue, tapi kawan kawan. aku sangat tak risau hilang kawan kalau aku jarang sms, call diorang. kenapa? pasal kawan kawan aku semua tau perangai aku macam mana. selalu jer aku kena perli, tapi diorang semua paham. AtiPuspa memang pemalas. dia tau cakap orang sombong tak nak contact dia, tapi dia sendiri tak contact orang. itu memang personal traits aku. take it of LEAVE ME. :)

jadi, konklusi disini yerrr rakan rakan yang aku gileeeee sayangggg, jangan pernah korang terasa tauuuu!!! walaupun aku tak reply sms, ataupun aku tak call korang, korang sentiasa dalam hati aku. aku bawak jer pergi mana mana. BFF sentiasa, okay? aku memang tak gheti nak tunjuk aku sayanggg gileee kat korang, tapi hakikatnya, aku memang sayang korang. JANGAN. PERNAH. TAK. PERCAYA. AKU. dan aku sentiasa percaya, korang jugak sayang aku. betul tak? hee. :D dah AtiPuspa, tak payah nak merepek merapu lagiii… ;)

dah dah. panjang sangat dah aku membebel ni. sebelum tue,


Friendship is,

Being happy for the other person when they are happy,Being sad for the person when they are sad,Being together in good times, And being together in bad times, Knowing that the other person will always be with you regardless of what happens,Missing the other person when they are away but remaining near in heart at all times.


YES! aku sentiasa ada kalau korang perlukan aku. jangan risau, aku takkan biarkan korang sorang sorang. pasal aku yakin, korang takkan biarkan aku sorang sorang jugak. :)

okayyyy… enoughhhh…. till then,

Wassalam.



p/s- AtiPuspa sekarang nak hibernate, baca buku Stieg Larsson’s triology yang macam gileeee bosan tapi banyak dapat review cambest. :)

Tuesday, December 14

Love them. ;)



Assalamualaikum…


yeayyyy!! AtiPuspa berjaya merajinkan diri untuk update blog hari nie. terasa bangga dengan pencapaian sendiri. tahniah AtiPuspa. :D

okay okay. sebenarnya, hari nie nak buat entry pasal benda lain. tapi tangguh dulu. rasa excited terlebih hari nie nak cerita pasal Nerds. yeapp! Nerds. siapa tak tahu nerd tue apa, jangan risau. En Google dan Mr Dictionary ada untuk bantu anda. search sendiri yer. :)

HAHA. macam orang lain yang ada obsession diorang sendiri, aku pulak sangat suka dengan golongan Nerd nie. dan dalam banyak banyak nerd, aku paling suka tengok watak Matthew Gray Gubler sebagai Spencer Reid dalam Criminal Minds.

aku tahu dia cute, HANDS OFF! ;)

erm.. kenapa aku suka golongan Nerd? aku pun tak tahu nak kabo gane. dah keluar dah slang ganu dia. :P tp bagi aku, golongan nie tak egoistik macam golongan lain. they are special in their own ways. dan jangan lupa, mereka Genius! saya suka golongan Genius. tp bukan Genius yang bajet. itu golongan yang paling dibenci. no negotiations. aku benci mereka. ;(

HAH! dah tahu aku suka nerd, jangan nak bajet nerd depan aku pulak. aku hanya suka mereka yang dekat televisyen jer. especially Reid. :D real-life-nerd? tak pernah jumpa lagi. tapi ada ke yang sama dengan watak Reid dekat alam nyata nie? kalau jumpa, kenalkan dekat aku tau! aku gedix. aku tahu itu. :P


okay, itu sahaja untuk entry nie. last but not least,


Better to write for yourself and have no public than

to write for the public and have no self.

- Cyril Connolly

till then,

Wassalam. :)



p/s – saya suka REID!! yayy.. saya officially seorang yang gedixxx. :P

Sunday, December 12

Comeback. ;)

Assalamualaikum..

sangat lama tak update blog nie. selalu je ada idea nak blog pasal apa, tapi biasa lar, AtiPuspa dan sifat malas sangat sukar untuk dipisahkan. kali nie, tiba tiba terasa nak blog pasal satu tajuk nie. tak tau lar apa yang trigger otak aku nak blog pasal benda nie. mungkin pasal aritu ada orang wish; semoga cepat dapat bf, ataupun pasal baru baru nie ada orang tanya; kau dah ada bf ke?. sumpa dah lama takde orang tanya aku soalan nie. :D

mukadimah dah panjang, tajuk tak kluar lagi. okay okay. tajuknye simple je. semua orang faham. budak budak sekolah rendah yang dah advance pun tahu jugak. aku takut dengan budak sekolah rendah yang faham. ://

COUPLE.

yeayy! itu tajuk hari ini. bagi korang semua, apa definisi couple yang korang pegang? kadang kadang aku pun terfikir jugak, apa definisi couple yang aku pegang. akhirnya, aku dapat jawapan masa merajinkan diri pergi satu forum nie masa dekat KMS. dan itu lar definisi yang aku pegang sekarang.


Couple; bila dah suka sama suka, timbul lar rasa nak declare. tanda diri dah berpunya. tp aku simple je. aku nak tanda yang lagi mantap mengatakan aku dah berpunya, senang jer, lelaki tue kena datang rumah aku, jumpa mak dengan abah, cakap; saya nak bertunang dengan AtiPuspa. tue memang mantap lar. kalau aku terima, memang confirm confirm aku milik kau. lelaki lain pun x boleh masuk line. okay? ;)

Dating; kalau dah couple, mestilah nak dating. apa syok kalau x keluar sama sama untuk merapatkan lagi hubungan. aku pun nak dating jugak! tapi mesti ada syarat. abah wajib ikut! baru best. senang je nak set time, weekdays pun boleh pasal abah tak kerja dah. hubungan dengan abah pun makin erat. mak pun boleh jugak. nak bawa satu family pun boleh. :P

Skinship; HAHA. aku tak pandai lar nak pakai perkataan apa. nie dapat idea daripada cerita korea. okay okay. bagi yang tak faham, skinship nie macam pegang pegang tangan, peluk peluk dan sewaktu dengannya lar. dah faham dah? nak pegang tangan aku, senang jer, jom kita pergi jumpa tok kadi, bawak abah sekali terus sebut lafaz akad nikah biar sah jadi suami isteri. lepas tue, nak buat ape pun boleh. aku nak cakap tak nak pun tak boleh. senang kan? x susah pun. :)


okay. aku tahu, mungkin ada yang akan cakap; kau tue cakap jer lebih. perangai teruk jugak. kawan pun dengan budak laki. aku faham kalau korang cakap macam tue. serius cakap, aku tak marah. tp nak tegur pun, perlahan perlahan lar erh. budak laki yang aku rapat tue semua kawan dari kecik atau zaman sekolah rendah. aku tanya balik; ada ke aku rapat ngn budak laki sepintar dan KMS? kalau ada, adakah aku behave depan diorang macam kawan kawan lama aku? pasti jawapannye TAK. perangai aku depan diorang tue, aku dah develop dari kecik lagi. dari zaman tak matang, tak tahu apa apa. jadi, tolang faham yer. bagi aku masa untuk kikis perangai tue. :)

okay lar. sangat panjang pula entry nie. till then,

Wassalam. :)


p/s – aku tarik balik janji post lepas. tak penting pun event tue semua. soryy. kalu nak tau jugak, tanya je kat aku terus. :)