Sunday, May 1

April

Assalamualaikum.

dah lama tak membebel kat sini kan. rindu tak, rindu tak? bulan April? sama je hectic. IRP, IELTS, trial AS, memang terasa sangat sangat busy. tapi yang pasti, aku masih ada masa nak melepak, pergi jalan jalan, main TheSims 3, main Dsi. adooiii~ ape nak jadi lar kan. bakal junior aku nanti ataupun zaman sekolah dulu dulu, jauhkan diri daripada aku. takut contagious pulak penyakit keMALASan aku nie. ishh~

sekarang nie aku kat rumah. balik hari khamis aritu, skip Majlis Restu. adeeiii~ sejak bile lar aku nie suka suka je nak skip aktiviti kolej kan. sepanjang kat rumah nie, sempat lar nak tengok Dream High sampai habis, pergi bookfair. tapi belajar nye tak. dan aku dah dapat result IELTS. Alhamdulliah. tapi, don't ask, won't tell. cukup lar sekadar tau aku lepas requirement most universities. walaupun tak dapat band 8.5 cam 'Ckgu' Syafiq, aku bersyukur dengan result aku. at least sama dengan ************. kire dapat lar target aku tue. ;)

next stop, Advanced Subsidiary (AS). start 9/5 nanti. huarghhhh~ takutttt~~ fuh fuhh.. tapi tak sabar jugak nak habis. penat lar exam nie. :S

esok aku dah kene balik KMS. balik rumah mungkin sebulan lagi kot. tak dapat lar nak online sangat. blog pun tak sempat lar kot nak update selalu. nasib baik takde sapa lar sangat yang menjenguk blog nie. ;)

tue je lar post aku kali nie. doakan yang terbaik untuk aku yer. tak kira ape outcome exam aku, aku tahu itu yang terbaik untuk aku. weee~ :)

till then,

Wassalam.








p/s- doakan Niagara Falls tak muncul lagi. nak tido dengan lena jugak. ;)

Sunday, April 3

March

Assalamualaikum..

sedar tak sedar dah habis bulan 3 dah. sekejap je rasa. sedar tak sedar jugak nanti, tau tau dah AS. lagi cuakkkk.. tapi, lagi 2 minggu aku ade IELTS duluuu.. waaaa~ eden speaking dengan writing hancuuurrrrr... cuakk lar pulak. apa yang aku tau, kalo dpt low susah nak pilih uni yang best best pasal requirement diorang at least average band 6.5 and diorang nak writing at least 6.5. adesss, aku dah lar suka buat grammatical error. dah lar Pakcik Genius pun dapat average band 7.5. waaaa~! nak jugak result cam dia~! ape ape pun, doakan aku mampu dapat band lebih daripada 6.5 tue... amiinnnnn~ :)


kalau post lepas aku cakap pasal drama, memang aku hidup dalam satu drama yang terlampau complicated. kalah sinetron sinetron kat tv tue tau! tapi apa apa hal, memang aku kena focus study skang nie. mampus kalau x dapat 15. tak sanggup aku nak repeat paper balik. AtiPuspa mesti dapat 15 macam Pakcik Genius ituuuuu!! :O


Walau bagaimanapun,


hidup, memang sangat sangat complicated. lain orang lain personal traits diorang. kalau semua sama jer, dunia nie mesti takde drama. tapi drama nie lar yang banyak mengajar kita erti kehidupan. ajar diri kita untuk mengatasi semua masalah. menjadikan kita lagi matang. kalau tak, perjalanan hidup kita mesti flat jer. tak seronok lar macam tue. sesungguhnya, aku bersyukur aku berada dalam drama nie. drama nie dah buat macam macam perubahan kat diri aku. buat aku tau camne nak behave depan orang. mungkin ada yang cakap aku hipokrit, tapi Fake it till you made it. ;)


walau apa apa pun, satu je yang aku tak tahan. kenapa ramai sangat orang yang dalam denial? tak nak terima apa yang dah terjadi. tutup sebelah mata. buat macam benda tue tak pernah terjadi walaupun memang terjadi depan mata. tapi x habis kat situ pulak, diorang boleh pulak complain pasal benda tue. adesss~ anda tak suka, jadi anda complain. tapi apa tindakan anda untuk benda itu tak terjadi? tanya diri sendiri boleh x? jangan nak persoalkan jer. kalo complain tapi ada tindakan takpe jugak. telinga telinga yang terpaksa mendengar bebelan nie yang terasa sakit hati. tolong lar faham. anda penat? saya pun penat. anda perempuan ade perasaan sensitif? saya pun sama. apa hak anda untuk cakap saya tak sensitif? kerana saya tak mengalir air mata sentiasa? pasal saya sentiasa nampak happy? macam tue? sedar tak diri yang sangat skeptikal itu dah mengaburi mata kita daripada nampak dunia realiti yang sangat berbeza dengan dunia fantasi kita. penat kan kalau berada dalam keadaan tue? tapi tue lar apa yang aku alami sekarang. aku cuba memahami semua orang tapi cuba jugak lar paham aku macam mana. dan aku jugak tak akan mampu nak paham seseorang kalau takde respon daripada pihak lagi satu. jom carik win-win situation, please?


Kesimpulannya.


waaaa~! sekarang memang fikir nak balik rumah jer. maaflar terpaksa membaca luahan hati aku. tapi kan, nie memang blog aku. suka hati aku lar nak buat ape kan? hee~ ape ape pun, terima kasih kerana sudi membaca. luahan hati yang terpaksa diluahkan juga demi tak tension dengan exam yang akan kunjung tiba tak lama lagi. kalau tension camne nak jawab exam kan? ;)


okay lar.. itu sahaja bebelan, complain AtiPuspa untuk post kali nie. ada masa, ada kesempatan aku post lagi entry baru. doakan aku untuk exam Advance Subsidiary (AS) nie erh. nak 15~! dan juga test IELTS. nak 7.5 gak~! :)


till then,


Wassalam.




p/s- sape sape yang teringin nak tanya pasal scholarship untuk lepasan SPM10, dialu-alukan. insyaAllah aku akan cuba tolong. :)