Saturday, January 15

Facebook.

Assalamualaikum..

hari nie dah hampir tamat. hari esok makin dekat. maksudnye aku akan kembali berangkat ke bumi Seremban. gileeee malasss~ ape yang pasti, aku tak buat ape ape yang produktif pun weekend nie. melepak dalam bilik. meng’online’kan diri. stalk blog orang lain. itu je kot. pembaziran masa ternyata di situ yerr... sighhh~

sekarang nie, kalau online, mesti tak sah kalau tak buka Facebook kan? memang aku tak nafikan. asal ada peluang, mesti nak buka Facebook. tapi ape aku buat pun aku tak tau. stalk orang je kot. HAHA. aku memang suka stalk orang. yeahh! ;)

sebelum tue, nie post EMO tauuu! aku warning awal awal.

ini aku nak katakan sesuatu. bukan nak berlagak. tapi saja jer nak bagi tau. friend request aku dah mencecah 100. dah lama dah mencecah tapi kadang kadang berkurang, kadang kadang bertambah, walaupun tak ada friend request baru. aku pun tak paham kenapa. yerr. aku tahu korang lagi famous. lagi banyak friend requests tapi tak bagak pun cam aku. tapi nie blog aku, suka hati aku lar nak tulis ape! ;)

siang tadi, terasa kebosanan lar pulak. akhirnya, aku bukak lar list tue. ada yang aku kenal, ada yang tak. tapi semestinya mereka tak rapat dengan aku. kalo rapat, sepantas kilat aku approved. last last, approve lar 3 orang. malas nak approve yang lain. kejam kan aku? :P

sory lar aku lambat gileeee nak approve ko!

punca utama aku tak suka approve orang, pasal aku tak suka orang tue. atau pun pasal tak ada sebab yang konkrit untuk aku approve. setakat approve jer, buat menyemak dalam list friends aku buat apa. tegur aku pun tak. gileeee bapak sombongggg manusia macam tue! ingat aku nak sangat approve korang? ceyhhh! tak ingin weyhhh! :S

dan itu jugak lar punca aku tak add orang. kalau aku tak ada niat nak keep in touch dengan orang tue, memang sampai bila bila pun aku tak add. dan sekarang aku terasa nak delete je sape yang tak berkenaan dengan hidup aku. rasa cam menyemak je semua so-called-friends yang banyak tue. rase cambest nak deactivate Facebook. tapi nanti tak boleh chat dengan kawan kawan yang jauh merantau. sighh~

untuk warga Kolej MARA Seremban, SEPINTAR, SMKBL, SKPJP, tak kira lar korang junior ke, senior ke, sama batch ke, kalau aku tak pernah mengenali korang, atau tak pernah bercakap dengan korang, atau aku tahu kewujudan korang tapi tak pernah bercakap dengan korang, atau aku tahu korang hanya disebabkan aku pernah dengar cerita pasal korang, atau aku pernah bercakap dengan korang tapi tak ada kepentingan untuk keep-in-touch dengan korang, kemungkinan besar aku tak akan approve korang, kalau tak puas hati, cakap terus dengan aku. kalau betul betul nak mengenali aku, tules lar short message time nak add tue. insyaAllah aku akan approve. aku tak sekejam tue tak nak approve korang kalau korang memang nak kenal dengan aku. :)

okayy.. cukup lar aku ber’emo’ dalam post nie. mesti korang bosan nak baca. tehee~ :D

till then,

Wassalam.



p/s- aku bukan sombong. cuma kemalasan melanda. :)

Friday, January 14

Fate.

Assalamualaikum..

hari nie aku balik. thanx to Yamtuan Besar Negeri Sembilan, aku dapat cuti esok. anyway, Happy Birthday Yamtuan. :)

minta ampun pasal dah lama dah tak update. yang penah antar comment kat post sebelum sebelum nie, mintak maaf pasal lambat respon.

hari nie, lengkaplah minggu kedua aku mula semester baru di KMS. result final? memang dah sah sah teruk. tak nak fikir. sekarang nak fokus AS pulak. 15, here I’m comingggg! pray for me, please.. ;)

kali nie nak share sikit pasal FATE @ TAKDIR. tadi masa on the way nak balik rumah naik ktm, aku nampak ramai budak budak Teknik Tuanku Jaafar aka TTJ. rasa macam rindu pun ada. rasa cemburu pun ada jugak. tengok lencana diorang pakai buat aku terfikir, mana aku campak lencana tue erhh? nampak baju batik diorang, aku rasa cemburu pasal aku tak sempat nak dapat kain tue pun. apatah lagi nak buat baju tue dan pakai. lepas tue ada yang aku nampak bawak balik set Lukisan Kejuruteraan diorang. buat aku rasa rindu pulak buat LK tue. walaupun set aku masih elok, tapi untuk buat latihan, aku rasa malas. skil aku pun dah makin hilang. sedihh.. ;(

lepas tue, masa berhenti kat satu stesen nie, aku nampak budak budak sekolah. sekali pandang, aku rasa diorang baru je mengenal erti sekolah menengah tue. maksud aku, diorang nampak macam budak budak lower form. tapi aku tak kisah kalau diorang saje saje nak lepak. perkara biasa lar tue. tapi bile aku nampak majoritinya ada rokok terselit kat bibir bibir mereka, buat aku terfikir, apa dah jadi nie? lagi menyedihkan, semuanya budak laki melayu. stress sangat ke alam persekolahan tue sampai nak hisap rokok? sungguh aku tak faham. :

apa aku nak cakap pasal takdir ialah, bagi yang pernah mengenali aku, aku pernah aim, aku nak sangat masuk TTJ dan ambil aliran perdagangan. aku sangat sangat tak mahu masuk SEPINTAR dan ambil aliran teknikal. aku juga tak pernah terfikir nak ambil engineering. aku nak pecahkan tradisi famili aku. aku nak jadi akauntan. tapi akhirnya, aku masuk jugak ke SEPINTAR selepas seminggu setengah di TTJ. aku lalui pengalam yang pelbagai kat situ. ada yang sedih, ada yang gembira. stress tue tak payah sebut, memang 24/7. dan kini, aku sedang melalui A-Level untuk course Engineering under MARA pulak instead of Accounting. nampak sangat perubahan dalam perancangan aku yang sangat sangat aku tak jangka masa mula mula dulu.

walau bagaimanapun, aku yakin jalan yang Allah tunjukkan nie yang terbaik untuk aku. tapi yang pasti aku tak boleh go on with the flow jer. aku sendiri mesti corakkan takdir aku macam mana. aku nak fly overseas, jadi aku mesti belajar rajin rajin agar aku dapat lepas point. macam yang Allah SWT janjikan, Allah tidak akan mengubah takdir seseorang itu melainkan seseorang itu cuba untuk merubahnya sendiri.

sama lar, apabila kita fikir kita tak pandai, tak perform dalam studies, kita tak boleh pasrah. kita kena carik jalan untuk berubah. sama jugak macam budak budak sekolah yang aku nampak merokok tue. mungkin tue bukan sepenuhnya pilihan mereka. mungkin jugak mereka ada masalah sendiri dan mereka cuba lari daripada masalah tue. tapi aku tak ada jawapan yang tepat pasal aku tak kenal mereka.. tapi pakailah akal fikiran yang ada, kerana tiada ciptaan Allah SWT yang sia sia. gunakan sebaiknya segala anugerah itu. dan Allah takkan beri kita ujian yang kita tak mampu tanggung. stay positive, okay? :)

in a nutshell,

Don’t accept FATE without FIGHTING for the better.

seek for help if you need one,

but no one will be a better helper than YOUR OWN SELF.

- AtiPuspa. :P


sorry for any grammar mistakes.. :)

Wassalam..



p/s- sedang mencari jalan untuk memastikan hati dan akal fikiran menjadi satu dalam semua perkara.