Sunday, May 1

April

Assalamualaikum.

dah lama tak membebel kat sini kan. rindu tak, rindu tak? bulan April? sama je hectic. IRP, IELTS, trial AS, memang terasa sangat sangat busy. tapi yang pasti, aku masih ada masa nak melepak, pergi jalan jalan, main TheSims 3, main Dsi. adooiii~ ape nak jadi lar kan. bakal junior aku nanti ataupun zaman sekolah dulu dulu, jauhkan diri daripada aku. takut contagious pulak penyakit keMALASan aku nie. ishh~

sekarang nie aku kat rumah. balik hari khamis aritu, skip Majlis Restu. adeeiii~ sejak bile lar aku nie suka suka je nak skip aktiviti kolej kan. sepanjang kat rumah nie, sempat lar nak tengok Dream High sampai habis, pergi bookfair. tapi belajar nye tak. dan aku dah dapat result IELTS. Alhamdulliah. tapi, don't ask, won't tell. cukup lar sekadar tau aku lepas requirement most universities. walaupun tak dapat band 8.5 cam 'Ckgu' Syafiq, aku bersyukur dengan result aku. at least sama dengan ************. kire dapat lar target aku tue. ;)

next stop, Advanced Subsidiary (AS). start 9/5 nanti. huarghhhh~ takutttt~~ fuh fuhh.. tapi tak sabar jugak nak habis. penat lar exam nie. :S

esok aku dah kene balik KMS. balik rumah mungkin sebulan lagi kot. tak dapat lar nak online sangat. blog pun tak sempat lar kot nak update selalu. nasib baik takde sapa lar sangat yang menjenguk blog nie. ;)

tue je lar post aku kali nie. doakan yang terbaik untuk aku yer. tak kira ape outcome exam aku, aku tahu itu yang terbaik untuk aku. weee~ :)

till then,

Wassalam.








p/s- doakan Niagara Falls tak muncul lagi. nak tido dengan lena jugak. ;)

Sunday, April 3

March

Assalamualaikum..

sedar tak sedar dah habis bulan 3 dah. sekejap je rasa. sedar tak sedar jugak nanti, tau tau dah AS. lagi cuakkkk.. tapi, lagi 2 minggu aku ade IELTS duluuu.. waaaa~ eden speaking dengan writing hancuuurrrrr... cuakk lar pulak. apa yang aku tau, kalo dpt low susah nak pilih uni yang best best pasal requirement diorang at least average band 6.5 and diorang nak writing at least 6.5. adesss, aku dah lar suka buat grammatical error. dah lar Pakcik Genius pun dapat average band 7.5. waaaa~! nak jugak result cam dia~! ape ape pun, doakan aku mampu dapat band lebih daripada 6.5 tue... amiinnnnn~ :)


kalau post lepas aku cakap pasal drama, memang aku hidup dalam satu drama yang terlampau complicated. kalah sinetron sinetron kat tv tue tau! tapi apa apa hal, memang aku kena focus study skang nie. mampus kalau x dapat 15. tak sanggup aku nak repeat paper balik. AtiPuspa mesti dapat 15 macam Pakcik Genius ituuuuu!! :O


Walau bagaimanapun,


hidup, memang sangat sangat complicated. lain orang lain personal traits diorang. kalau semua sama jer, dunia nie mesti takde drama. tapi drama nie lar yang banyak mengajar kita erti kehidupan. ajar diri kita untuk mengatasi semua masalah. menjadikan kita lagi matang. kalau tak, perjalanan hidup kita mesti flat jer. tak seronok lar macam tue. sesungguhnya, aku bersyukur aku berada dalam drama nie. drama nie dah buat macam macam perubahan kat diri aku. buat aku tau camne nak behave depan orang. mungkin ada yang cakap aku hipokrit, tapi Fake it till you made it. ;)


walau apa apa pun, satu je yang aku tak tahan. kenapa ramai sangat orang yang dalam denial? tak nak terima apa yang dah terjadi. tutup sebelah mata. buat macam benda tue tak pernah terjadi walaupun memang terjadi depan mata. tapi x habis kat situ pulak, diorang boleh pulak complain pasal benda tue. adesss~ anda tak suka, jadi anda complain. tapi apa tindakan anda untuk benda itu tak terjadi? tanya diri sendiri boleh x? jangan nak persoalkan jer. kalo complain tapi ada tindakan takpe jugak. telinga telinga yang terpaksa mendengar bebelan nie yang terasa sakit hati. tolong lar faham. anda penat? saya pun penat. anda perempuan ade perasaan sensitif? saya pun sama. apa hak anda untuk cakap saya tak sensitif? kerana saya tak mengalir air mata sentiasa? pasal saya sentiasa nampak happy? macam tue? sedar tak diri yang sangat skeptikal itu dah mengaburi mata kita daripada nampak dunia realiti yang sangat berbeza dengan dunia fantasi kita. penat kan kalau berada dalam keadaan tue? tapi tue lar apa yang aku alami sekarang. aku cuba memahami semua orang tapi cuba jugak lar paham aku macam mana. dan aku jugak tak akan mampu nak paham seseorang kalau takde respon daripada pihak lagi satu. jom carik win-win situation, please?


Kesimpulannya.


waaaa~! sekarang memang fikir nak balik rumah jer. maaflar terpaksa membaca luahan hati aku. tapi kan, nie memang blog aku. suka hati aku lar nak buat ape kan? hee~ ape ape pun, terima kasih kerana sudi membaca. luahan hati yang terpaksa diluahkan juga demi tak tension dengan exam yang akan kunjung tiba tak lama lagi. kalau tension camne nak jawab exam kan? ;)


okay lar.. itu sahaja bebelan, complain AtiPuspa untuk post kali nie. ada masa, ada kesempatan aku post lagi entry baru. doakan aku untuk exam Advance Subsidiary (AS) nie erh. nak 15~! dan juga test IELTS. nak 7.5 gak~! :)


till then,


Wassalam.




p/s- sape sape yang teringin nak tanya pasal scholarship untuk lepasan SPM10, dialu-alukan. insyaAllah aku akan cuba tolong. :)

Tuesday, March 1

Drama

Assalamualaikum. :)

heee.. rasa macam rindu sangat nak blogging nie. tapi sebelum tue, JAJA, soryy sangat2 pasal aku misused laptop dengan broadband ko. tiba tiba rasa macam gian sangat nak blogging malam nie. soryy. :(

aku rasa bulan Februari yang baru je berakhir nie, banyak sangat drama dekat sekeliling aku. gaduh, marah, touching, nangis, lonely, semua aku lalui. sampai siap kena 'dating' dengan kaunselor time Valentine's Day pasal emosi aku yang sangat TAK STABIL. apa yang pasti, ini bukan mood swing yang biasa aku lalui. sighh~ kenapa bulan nie aku sangat lemahh?

tapi, semua drama nie aku akan cuba lalui dengan tabah. pasal aku sedar, drama nie akan mematangkan aku yang memang dah terang lagi bersuluh tahap ketidakmatangan aku. tapi aku suka ayat cikgu, " Jadilah DIRECTOR dalam drama kehidupan awak sendiri." serius ayat tue buat aku terfikir. apa nak jadi pun jadilah. biar aku jadi diri aku. aku hipokrit pasal aku nak penuhkan expectation orang. tapi akhirnya, aku yang menderita. dan aku sekarang nak kurangkan tahap kepura-puraan aku. kalo diorang set mind diorang yang perangai aku macam yang diorang fikir, diorang yang kena tanggung sendiri kekecewaan diorang bila aku bukan seperti dalam fikiran diorang. tapi apa yang pasti, aku tak pernah mintak diorang fikir macam tue. so, memang terang terangan bukan salah aku. peace~ :)

dan sekarang, aku hanya pentingkan apa orang aku sayang fikir pasal aku. pasal orang yang langsung tak cuba mengenali aku, cuma kenal aku pasal nama aku famous, pasal cerita orang, pasal gossip aku yang berlambak tapi tak pasti kesahihannya, aku dah tak kisahhh! kenapa? pasal korang tak cuba kenal aku, buat apa aku nak fikir ape yang korang fikir pasal aku. buat menyeksa jiwa raga aku jer. aitcehhhh~ :P

apa apa pun, aku harap aku dapat keep up dengan spirit nie. buat mereka yang masih bersama dengan aku, terima kasih banyak banyakk! korang memang banyak bersabar dengan aku. aku terharuuuu... :')

dah dahh.. enough merepek.. esok ada kelas.. wish me luck for a better MARCH for me! yeayyyy!!
:)


Wassalam. :)




p/s- guys are JERKKKK!!!! really, you ARE!

pp/s- siapa makan cili, dia yang terasa pedas. ;)

Friday, February 4

Sorry.

Assalamualaikum.


tak dapat nak update blog
buat sementara waktu walaupun ada banyak benda nak share. sighh~ ape ape pun, bile ada kesempatan, akan aku nukilkan segalanya kat sini. doakan yang terbaik untuk aku. semoga aku dapat sabar dengan segala ujian yang menimpa dan dapat menumpukan perhatian pada exam yang tiba tak lama lagi.. Aminn~



till then,

Wassalam. :)


p/s- rindu nak blogginggggg!! ;(

Saturday, January 15

Facebook.

Assalamualaikum..

hari nie dah hampir tamat. hari esok makin dekat. maksudnye aku akan kembali berangkat ke bumi Seremban. gileeee malasss~ ape yang pasti, aku tak buat ape ape yang produktif pun weekend nie. melepak dalam bilik. meng’online’kan diri. stalk blog orang lain. itu je kot. pembaziran masa ternyata di situ yerr... sighhh~

sekarang nie, kalau online, mesti tak sah kalau tak buka Facebook kan? memang aku tak nafikan. asal ada peluang, mesti nak buka Facebook. tapi ape aku buat pun aku tak tau. stalk orang je kot. HAHA. aku memang suka stalk orang. yeahh! ;)

sebelum tue, nie post EMO tauuu! aku warning awal awal.

ini aku nak katakan sesuatu. bukan nak berlagak. tapi saja jer nak bagi tau. friend request aku dah mencecah 100. dah lama dah mencecah tapi kadang kadang berkurang, kadang kadang bertambah, walaupun tak ada friend request baru. aku pun tak paham kenapa. yerr. aku tahu korang lagi famous. lagi banyak friend requests tapi tak bagak pun cam aku. tapi nie blog aku, suka hati aku lar nak tulis ape! ;)

siang tadi, terasa kebosanan lar pulak. akhirnya, aku bukak lar list tue. ada yang aku kenal, ada yang tak. tapi semestinya mereka tak rapat dengan aku. kalo rapat, sepantas kilat aku approved. last last, approve lar 3 orang. malas nak approve yang lain. kejam kan aku? :P

sory lar aku lambat gileeee nak approve ko!

punca utama aku tak suka approve orang, pasal aku tak suka orang tue. atau pun pasal tak ada sebab yang konkrit untuk aku approve. setakat approve jer, buat menyemak dalam list friends aku buat apa. tegur aku pun tak. gileeee bapak sombongggg manusia macam tue! ingat aku nak sangat approve korang? ceyhhh! tak ingin weyhhh! :S

dan itu jugak lar punca aku tak add orang. kalau aku tak ada niat nak keep in touch dengan orang tue, memang sampai bila bila pun aku tak add. dan sekarang aku terasa nak delete je sape yang tak berkenaan dengan hidup aku. rasa cam menyemak je semua so-called-friends yang banyak tue. rase cambest nak deactivate Facebook. tapi nanti tak boleh chat dengan kawan kawan yang jauh merantau. sighh~

untuk warga Kolej MARA Seremban, SEPINTAR, SMKBL, SKPJP, tak kira lar korang junior ke, senior ke, sama batch ke, kalau aku tak pernah mengenali korang, atau tak pernah bercakap dengan korang, atau aku tahu kewujudan korang tapi tak pernah bercakap dengan korang, atau aku tahu korang hanya disebabkan aku pernah dengar cerita pasal korang, atau aku pernah bercakap dengan korang tapi tak ada kepentingan untuk keep-in-touch dengan korang, kemungkinan besar aku tak akan approve korang, kalau tak puas hati, cakap terus dengan aku. kalau betul betul nak mengenali aku, tules lar short message time nak add tue. insyaAllah aku akan approve. aku tak sekejam tue tak nak approve korang kalau korang memang nak kenal dengan aku. :)

okayy.. cukup lar aku ber’emo’ dalam post nie. mesti korang bosan nak baca. tehee~ :D

till then,

Wassalam.



p/s- aku bukan sombong. cuma kemalasan melanda. :)

Friday, January 14

Fate.

Assalamualaikum..

hari nie aku balik. thanx to Yamtuan Besar Negeri Sembilan, aku dapat cuti esok. anyway, Happy Birthday Yamtuan. :)

minta ampun pasal dah lama dah tak update. yang penah antar comment kat post sebelum sebelum nie, mintak maaf pasal lambat respon.

hari nie, lengkaplah minggu kedua aku mula semester baru di KMS. result final? memang dah sah sah teruk. tak nak fikir. sekarang nak fokus AS pulak. 15, here I’m comingggg! pray for me, please.. ;)

kali nie nak share sikit pasal FATE @ TAKDIR. tadi masa on the way nak balik rumah naik ktm, aku nampak ramai budak budak Teknik Tuanku Jaafar aka TTJ. rasa macam rindu pun ada. rasa cemburu pun ada jugak. tengok lencana diorang pakai buat aku terfikir, mana aku campak lencana tue erhh? nampak baju batik diorang, aku rasa cemburu pasal aku tak sempat nak dapat kain tue pun. apatah lagi nak buat baju tue dan pakai. lepas tue ada yang aku nampak bawak balik set Lukisan Kejuruteraan diorang. buat aku rasa rindu pulak buat LK tue. walaupun set aku masih elok, tapi untuk buat latihan, aku rasa malas. skil aku pun dah makin hilang. sedihh.. ;(

lepas tue, masa berhenti kat satu stesen nie, aku nampak budak budak sekolah. sekali pandang, aku rasa diorang baru je mengenal erti sekolah menengah tue. maksud aku, diorang nampak macam budak budak lower form. tapi aku tak kisah kalau diorang saje saje nak lepak. perkara biasa lar tue. tapi bile aku nampak majoritinya ada rokok terselit kat bibir bibir mereka, buat aku terfikir, apa dah jadi nie? lagi menyedihkan, semuanya budak laki melayu. stress sangat ke alam persekolahan tue sampai nak hisap rokok? sungguh aku tak faham. :

apa aku nak cakap pasal takdir ialah, bagi yang pernah mengenali aku, aku pernah aim, aku nak sangat masuk TTJ dan ambil aliran perdagangan. aku sangat sangat tak mahu masuk SEPINTAR dan ambil aliran teknikal. aku juga tak pernah terfikir nak ambil engineering. aku nak pecahkan tradisi famili aku. aku nak jadi akauntan. tapi akhirnya, aku masuk jugak ke SEPINTAR selepas seminggu setengah di TTJ. aku lalui pengalam yang pelbagai kat situ. ada yang sedih, ada yang gembira. stress tue tak payah sebut, memang 24/7. dan kini, aku sedang melalui A-Level untuk course Engineering under MARA pulak instead of Accounting. nampak sangat perubahan dalam perancangan aku yang sangat sangat aku tak jangka masa mula mula dulu.

walau bagaimanapun, aku yakin jalan yang Allah tunjukkan nie yang terbaik untuk aku. tapi yang pasti aku tak boleh go on with the flow jer. aku sendiri mesti corakkan takdir aku macam mana. aku nak fly overseas, jadi aku mesti belajar rajin rajin agar aku dapat lepas point. macam yang Allah SWT janjikan, Allah tidak akan mengubah takdir seseorang itu melainkan seseorang itu cuba untuk merubahnya sendiri.

sama lar, apabila kita fikir kita tak pandai, tak perform dalam studies, kita tak boleh pasrah. kita kena carik jalan untuk berubah. sama jugak macam budak budak sekolah yang aku nampak merokok tue. mungkin tue bukan sepenuhnya pilihan mereka. mungkin jugak mereka ada masalah sendiri dan mereka cuba lari daripada masalah tue. tapi aku tak ada jawapan yang tepat pasal aku tak kenal mereka.. tapi pakailah akal fikiran yang ada, kerana tiada ciptaan Allah SWT yang sia sia. gunakan sebaiknya segala anugerah itu. dan Allah takkan beri kita ujian yang kita tak mampu tanggung. stay positive, okay? :)

in a nutshell,

Don’t accept FATE without FIGHTING for the better.

seek for help if you need one,

but no one will be a better helper than YOUR OWN SELF.

- AtiPuspa. :P


sorry for any grammar mistakes.. :)

Wassalam..



p/s- sedang mencari jalan untuk memastikan hati dan akal fikiran menjadi satu dalam semua perkara.