Wednesday, December 22

House Rules.

Assalamualaikum..

AtiPuspa muncul balik. pasal dia geram Sungkyunkwan Scandal tak habis download lagi. jadi nak isi masa dengan buat entry baru jap. dan sekarang aku malas nak baca Stieg Larsson pasal banyak info sangat. pening baca. mood sekarang tak kena. alasannnn… :P


ape kena dengan gamba nie? review buku ke? takkk larrr.. bukan nak review buku. tp nak tules sikit pasal penghidap Asperger’s Syndrome (AS) macam yang dihidapi watak utama buku nie. tak tau ape ape pasal AS nie? baca sendiri kat Wiki. aku nak terangkan camne pun tak tau. :D

okayyy.. sesungguhnya AtiPuspa memang sangat sangat sangattt jealous dengan penghidap AS nie. uishh. tak bersyukur ke ape? dah lahir normal tue, jealous dengan penghidap AS plak. ape masalah? HAHA. betuuullll… aku sangat jealous dengan mereka. kenapa? meyh aku buat list sikit.


  • Genius

dalam kebanyakan kes, diorang nie memang ramai yang genius. itu satu benda yang aku sangat idamkan. jadi genius. tp aku pemalas. tue pasal susah nak pandai. sighh~ sedar pun diri. pastue still tak nak belajar. kau memang sangat bijak lar AtiPuspa. memang takde sape boleh lawan kau. ;)


  • Hipokrit

golongan nie tak hipokrit. pasal sindrom tue menghalang diorang jadi hipokrit. jadi, setiap masa, di mana sahaja, walau macam mana keadaan sekeliling diorang, diorang masih diorang. aku pula? kat sini aku macam nie, kat situ aku macam tue, sekejap macam nie, sekejap macam tue. mood swing tue lain cerita. memang golongan bernama perempuan susah nak elak mood swing. tapi hipokrit? sumpa! AtiPuspa semakin hipokrit sekarang nie. AtiPuspa rindu dia yang dulu. yang boleh jer kawan dengan sape sape. yang tak kisah pun orang tue perangai teruk macam mana. perangai AtiPuspa hanya satu, seorang yang gila gila. tak kesah apa orang fikir. dia masih AtiPuspa. tapi bukan lagi sekarang. sekarang dia lebih banyak ikut acuan orang sekeliling. akhirnya, depression berlaku. yer. orang selalu cakap be yourself, tapi betul ke kita be yourself dalam masyarakat yang demanding sekarang nie? aku tak percaya! dan itu jugalah punca aku lebih suka duduk sorang sorang, lebih menenangkan. :)


  • Obsession

yes! obsession. diorang nie selalunya akan ada obsession dekat suatu benda. tapi yang seronoknya, mereka masih lagi berjaya dalam pelajaran. kenapa? pasal diorang memang genius. dan aku? aku lebih banyak meluangkan masa dengan obsession aku, dan akhirnya, result exam semua teruukkkk… macam mana aku tak jealous. sheeshh. belajar lar kalau nak pandai! bijakk sungguh! itu pun tak nak fikir.


HAHA. memang gedix kan aku. banyak benda tak puas. itu lar. manusia nie memang tak kan pernah puas. teruk kan. hee. takde lar. aku memang jealous, tapi Allah lebih mengetahui kan. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. pasal tue Dia tunjukkan aku jalan yang aku lalui nie. aku bersyukur pada-Mu. terima kasih ya-Allah. :)

jadi. jangan fikir kita lebih baik daripada mereka yang ada sindrom nie dan yang sewaktu dengannya. kalau tengok dari segi yang lain, mereka sebenarnya lebih baik daripada kita. kita patut jealous dengan mereka kerana mereka istimewa. kita pula, hanya manusia normal. tapi jadi normal, jangan jadi yang kejam pada diri sendiri. lalui jer semua yang berlaku dengan tabah, pasti jumpa jalan yang terbaik untuk kita. dan jangan lupa, Allah sentiasa ada untuk kita disaat kita memerlukannya. :)

okayy.. itu jer. post nie sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. selalu rasa kecewa dengan diri sendiri baru baru nie. tak tau apesal. doakan eyh yang terbaik untuk aku. sayangg korang. :)

till then,

Wassalam. :)



p/s- cambest jer belajar pasal psikologi. nak amek minor psikologi lar nanti. insyaAllah. :)

2 comments:

  1. baru aku tau nama penyakit ni. aku ada sorg kwn yg menghidap penyakit ni (aku agak la). hahaha. sbb dia ada semua ciri2 yg ko tulis. :)

    ReplyDelete
  2. hahaha.. x bleh nak assume. asperger nie salah satu dr penyakit autism. lgpun, mslh berkaitan psikologi nie susah nak tau betul2 coz semua manusia berlainan. even pakar psikologi pun boleh buat assumption based on pemerhatian yg sgt lame. tak ada yang pasti. tehee~ :D

    ReplyDelete